Haus Cosmetics

SUPER POTENT AHA+BHA EXFOLIATING LOTION

RM58 MYR
Senarai bahan: Aqua, Glycolic Acid, Aminomethyl Propanol, Salicylic Acid, Niacinamide, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Water, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Propanediol, Centella Asiatica Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Chamomillia Recutica (Matricaria) Flower Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Leaf Juice Powder, Allantoin, Tetrasodium EDTA, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin

Formulasi penjagaan kulit Superpotent adalah terma yang digunakan untuk penjagaan kulit dengan hasil keberkesanan yang berintensif tinggi dalam mengembalikan kekuatan sistem pertahanan kulit. Formulasi Superpotent boleh terdiri daripada pelbagai bahan aktif yang telah diuji secara saintifik dan klinikal oleh para pengkaji yang pakar di dalam bidangnya.

Rangkaian siri Superpotent ini menggunakan kandungan bahan yang berkuasa seperti Glycolic Acid, Salicylic Acid, Niacinamide, Allantoin, dan Aloe Vera. Kombinasi bahan-bahan ini telah dipilih dengan teliti untuk hasil terbaik bagi formulasi penjagaan kulit Superpotent.

Glycolic Acid adalah Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang larut air, ia mampu menyingkirkan sel kulit mati, membekalkan kelembapan kepada kulit, meningkatkan penghasilan protein kolagen dan elastin, untuk kulit yang lebih tegang dan anjal tanpa garis halus dan kedutan. Salicylic Acid adalah Beta Hydroxy Acid (BHA) yang larut minyak, ia mampu menyingkirkan sel kulit mati, kotoran, dan membersihkan liang pori yang tersumbat secara efektif. Niacinamide dengan ciri pengawalan sebum yang hebat dapat mengurangkan masalah kulit berminyak melalui regulasi penghasilan sebum.

Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Water adalah astrigen dengan ciri antioksidan, anti-radang, dan anti-bakteria. Dengan ini, Witch Hazel dapat membantu mengetatkan liang pori yang terbuka, untuk hasil penampilan kulit yang lebih mulus. Ekstrak Pegaga kaya dengan anti-oksidan semula jadi, membantu mengurangkan kemerahan kulit, kerengsaan, dan hebat dalam penyembuhan luka dan parut. Ia juga adalah bahan terbaik untuk sistem pertahanan kulit. Skin barrier yang sihat bermaksud kulit dalaman dan luaran yang jauh lebih sihat.

Langkah penggunaan: Selepas membersihkan wajah, tuang ke atas cotton pad dan ratakan dengan lembut ke bahagian wajah dan leher. Tekap dengan menggunakan telapak tangan yang bersih untuk penyerapan terbaik. Biarkan meresap dalam masa 2-3 minit. Gunakan sehari sekali ketika rutin malam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

AWAS: Produk ini mengandungi Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang boleh meningkatkan sensitiviti kulit terhadap sinaran matahari dan kadar kesan kulit terbakar. Gunakan pelindung UV ketika menggunakan produk ini di waktu siang dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari.