Haus Cosmetics

SUPER INTENSE CREAM CLEANSER

RM48 MYR
Senarai bahan: Laminaria Digitata (Algae) Extract, Aqua, Glycerin, Potassium Cocoyl Glycinate, Cocamidopropyl Betaine, Acrylates Copolymer, Sodium Lauroyl Methyl Isethionate, Butylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Salicylic Acid, Niacinamide, Azelamidopropyl Dimethyl Amine, Pachyrrhizus Erosus Root Extract, Sodium Methyl Oleoyl Taurate, Lauryl Glucoside, Coco-Glucoside, Hydroxyethylcellulose, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Aminomethyl Propanol, Citric Acid, Parfum, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate

Teknologi Epigenetik di dalam pembersih yang diformulasi berasaskan gel-krim ini, dihasilkan khusus bagi kulit dengan masalah jerawat. Bagaimanapun, surfaktan yang lembut menjadikan ia sebagai pembersih dengan buih yang lembut, sesuai dengan semua jenis kulit. Epigenetik adalah kajian mengenai “suis” modifikasi DNA melalui ciri anti-inflamasi, percambahan sel kulit baharu, dan penstrukturan semula sistem sel kulit.

Memperkenalkan Azelamidopropyl Dimethyl Amine. Sebatian sintetik yang dicipta khas bagi perlindungan kulit dan mempercepatkan proses baikpulih sel tisu kulit melalui regulasi epigenetik. Ianya adalah bahan terbaik untuk rawatan jerawat di samping membantu mengembalikan sistem pertahanan yang lebih kuat untuk melawan permasalahan kulit.

Laminaria Digitata (Algae) Extract Water digunakan sebagai komponen asas utama dalam keseluruhan formulasi. Ia membekalkan kelembapan dan hidrasi kepada kulit agar langkah rutin membersihkan wajah tidak akan mengeringkan kulit. Sementara itu, Sodium Hyaluronate sentiasa menjadi sumber penghidratan terbaik untuk kulit. Kombinasi kedua-dua bahan ini menjadikan kulit lebih sihat, anjal, dan kembali muda remaja.

Ini adalah bahan aktif utama di dalam formulasi. Salicylic Acid adalah Beta Hydroxy Acid (BHA) yang larut minyak, ia mampu menyingkirkan sel kulit mati, kotoran, dan membersihkan liang pori yang tersumbat secara efektif. Niacinamide dengan ciri pengawalan sebum yang hebat dapat mengurangkan masalah kulit berminyak melalui regulasi penghasilan sebum.

Langkah penggunaan: Basahkan wajah. Ambil Super Intense Cream Cleanser dengan saiz pea dan urut perlahan dalam gerakan membulat selama 60 saat. Bilas menggunakan air suam. Gunakan 2-3 kali sehari untuk membersihkan wajah dan solekan. Untuk hasil terbaik, gunakan bersama Super Intense Acne Serum.