Haus Cosmetics

SUPER POTENT CERAMIDE+CICA BARRIER CREAM

RM79 MYR
SUPER POTENT CERAMIDE+CICA BARRIER CREAM 30ML

Senarai bahan: Aqua, Dicaprylyl Carbonate, Laminaria Digitata (Algae) Extract, Acrylates/Beheneth-25 Methacrylate Copolymer, Glycerin, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Propylene Glycol, Jojoba Esters, Cetyl Palmitate, Polyglyceryl-4 Isostearate, PEG-10 Dimethicone, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Cyclopentasiloxane, Dimethiconol, Phenoxyethanol, Squalane, Sodium Polyacrylate, Polyglyceryl-3 Caprate, Myrica Cerifera (Bayberry) Fruit Wax, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Leaf Juice Powder, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Allantoin, Caprylic/Capric Triglyceride, Disteardimonium Hectorite, Ceramide-NP, Citrus Medica Limonum (Lemon) Peel Oil, Pachyrrhizus Erosus Root Extract, Phytosterol, Stearic Acid, Trisodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Pentaerythrityl Tetra-d-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate, Centella Asiatica Extract, Hydrogenated Lecithin, Cholesterol, CI 14700, CI 15510, Citric Acid, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, Octadecyl Di-t-butyl-4-hydroxyhydrocinnamate.

Formulasi penjagaan kulit Superpotent adalah terma yang digunakan untuk penjagaan kulit dengan hasil keberkesanan yang berintensif tinggi dalam mengembalikan kekuatan sistem pertahanan kulit. Formulasi Superpotent boleh terdiri daripada pelbagai bahan aktif yang telah diuji secara saintifik dan klinikal oleh para pengkaji yang pakar di dalam bidangnya.

Rangkaian siri Superpotent ini menggunakan kandungan bahan yang berkuasa seperti Ceramide NP, Centella Asiatica (Cica), Allantoin, dan Brown Algae. Kombinasi bahan-bahan ini telah dipilih dengan teliti untuk hasil terbaik bagi formulasi penjagaan kulit Superpotent.

Krim “barrier” dengan gabungan Ceramide NP dan Ekstrak Pegaga atau Centella Asiatica (CICA) adalah produk yang bertindak untuk memulihkan kembali penghadang kulit (skin barrier) yang telah rosak, membina kembali dan mengekalkan skin barrier yang lebih sihat dan kuat. Diformulasi dengan Ceramide NP yang menyamai komposisi ceramide semulajadi yang terdapat pada kulit manusia, ia berfungsi sebagai penghadang kulit yang paling penting. Manakala Centella Asiatica (Cica) pula berkesan untuk mengurangkan kesan radangan yang sering dialami individu kulit jenis sensitif. Gabungan kedua bahan utama ini akan memberikan kesan optimum pada penghadang kulit lalu menjadikan keadaan kulit lebih seimbang dan sihat.

Laminaria digitata (Algae) extract adalah spesis Brown Algae yang tumbuh di kawasan pantai Atlantik Utara. Selain Alginate, Algae juga kaya dengan mineral seperti Iodin, Magnesium, Kalium, Potassium, dan Sodium. Secara keseluruhannya, Algae bertindak sebagai anti-oksidan dan membekalkan sumber mineral semulajadi untuk kulit yang lebih sihat, kekal lembap dan bebas dari tanda penuaan! Ia membekalkan kelembapan dan hidrasi yang mendalam dan berpanjangan kepada kulit.

Selain itu, bahan Allantoin, Ekstrak Green Tea, dan Ekstrak Akar Sengkuang menjadikan kulit jauh lebih lembut, halus, mengembalikan keremajaan kulit, mengurangkan iritasi, dan memulihkan sel kulit yang telah rosak.

Langkah penggunaan: Gunakan sebesar saiz pea setelah rutin serum, ratakan ke seluruh wajah terutamanya bahagian bermasalah. Urut dengan lembut dalam gerakan membulat untuk penyerapan sepenuhnya ke dalam kulit. Mulakan dengan lapisan nipis terlebih dahulu sebelum lapisan kedua jika perlu.