Haus Cosmetics

Pomegranate & Black Seed Oil 30ml

RM48 MYR
Size:
NEUTROHAUS MINYAK PATI DELIMA & HABBATUSSAUDA | 30ml

Senarai bahan: Minyak Biji Delima, Minyak Habbatus Sauda

SIAPA YANG PERLU AMBIL?
Covid Fighter, Warga Emas, Lelaki & Wanita Dewasa, Ibu menyusu, Kanak-kanak Seawal 5 Tahun, Pelajar, WFH Staff

CARA PENGAMBILAN
Dewasa → 5 titik sehari
Kanak-kanak → 2-3 titik sehari

- Boleh diambil terus ke dalam mulut.
- Boleh dibancuh ke dalam minuman.
- Boleh dicampur bersama Madu.
*Penggunaan sehingga 2 bulan

KEBAIKAN UTAMA
- Melindungi kesihatan paru-paru dan jantung
- Kecantikan kulit dalaman dan awet muda
- Kecantikan kulit luaran → Boleh disapu di bahagian kulit kering seperti wajah, bibir, kuku, siku, atau tumit.
- Boleh juga digunakan sebagai minyak urut.

KELEBIHAN UTAMA
- 2 in 1 Superfood (Delima & Habbatussauda)
- Mesra pengguna (Bersama dropper)
- Multifungsi (Pengambilan dalaman dan luaran)
- Disimpan dalam botol gelap (tidak mudah rosak)
- Teknologi “Cold-Pressed” (mengekalkan khasiat produk)
- 100% semulajadi dan HALAL

MINYAK BIJI DELIMA / POMEGRANATE SEED OIL
Delima dikategorikan sebagai beri dan dikenali secara saintifik sebagai Punica Granatum L. Ia merupakan salah satu daripada buah yang tinggi khasiat. Secara tradisi ia digunakan sebagai tumbuhan perubatan dan disokong oleh kajian sains moden.

Minyak biji delima diperoleh secara semulajadi melalui teknik “Mechanical Cold-Pressed” (perahan sejuk) yang mengekalkan manfaat minyak. Biji delima diperoleh daripada pemprosesan jus delima, mengandungi beberapa komponen neutraseutikal dan minyak delima ini terdiri daripada 12-20% jumlah berat biji delima.

Negara asal: Turki

Komposisi sebatian aktif Minyak Biji Delima:
- Delima mempunyai kepekatan antioksida dan nutrien yang tinggi.
- Komposisi unik asidnya terdiri daripada Punicic acid (Omega 5), Phytosterols (Vitamin D3, Tocopherols (Vitamin E), Vitamin C dan Vitamin K.

Manfaat Kesihatan:
- Tinggi omega-5 rantaian panjang asid lemak tidak tepu.
- Kajian membuktikan sebatian ini tinggi anti oksida, membantu dalam mencegah kanser melalui sifat anti-kanser dan antioksidan yang tinggi
- Anti osteoporosis, bagi keretakan tulang yang berlaku akibat ketidakseimbangan antara penyerapan dan pembentukan tulang
- Membantu dalam menambah baik penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok yang terjadi akibat pertumbuhan aterosklerosis.
- Mempertingkatkan kesihatan sistem saraf daripada penyakit Alzheimer & Parkinson.
- Anti-Pancreatitis bagi pelbagai gangguan pankreas seperti pankratitis akut, pankreatitis kronik, pankreatitis keturunan dan barah pankreatitis.
- Membantu menghalang penyakit Diabetis
- Membantu dalam perlindungan kesihatan hati
- Perlindungan kulit dan rambut daripada sinaran UV.

MINYAK HABBATUS SAUDA/ BLACK SEED OIL
Habbatussauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa merupakan herba perubatan tradisional untuk pelbagai rawatan tambahan dalam sistem perubatan kuno Unani, Ayurveda, Cina & Arab selama lebih 3000 tahun.

Negara asal: Turki

Komposisi sebatian aktif Minyak Habbatussauda:
- Keberkesanan habbatus sauda kebanyakannya disebabkan oleh Quinone, iaitu Thymoquinone yang merupakan konstitusi bioaktif terpenting dengan kandungan 30-48% dari jumlah komposisi
- Habbatussauda juga kaya dengan Vitamin C, E & K

Manfaat Kesihatan:
- Membantu menstabilkan dan membina semula mekanisma pertahanan badan secara semulajadi (sistem imunisasi)
- Merawat jangkitan mikroorganisma (antibakteria, anti-kulat, anti-virus dan anti-parasit)
- Merawat jangkitan dan penyakit pernafasan
- Menambahbaik kesuburan lelaki
- Anti-histamin bagi alahan,selsema,bronkitis, demam, asma dan empisema (keadaan paru-paru yang menyebabkan nafas pendek)
- Anti-obesiti- meningkatkan penurunan berat badan dan meningkatkan keupayaan antioksidan
- Meningkatkan fungsi saraf (otak, kognitif, epilepsi, daya ingatan dan pembelajaran)