• English
  • Bahasa Melayu

No relevant currency found

/ /

Notis Peringatan Penggunaan Bahan Pemasaran Melibatkan Bekas Duta dan "Face of HAUS"

Sep 05,2022 | Mimi

Berikutan penamatan kontrak Ieka Tajudin sebagai “Face of HAUS” sejak 1 April 2022, ibu pejabat HAUS mendapati masih ada ejen yang menggunakan bahan pemasaran yang menggunakan wajah Ieka Tajudin di platform jualan serta media sosial.

 

Ditegaskan bahawa semua ejen HAUS HARUS DENGAN SEGERA MENGHENTIKAN DAN MENGELAKKAN daripada menggunakan sebarang bahan pemasaran termasuklah gambar, video, ulasan, dan seumpamanya yang melibatkan Ieka Tajudin.

 

Sila ambil perhatian bahawa ibu pejabat HAUS tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap sebarang isu yang timbul berkaitan dengan penamatan yang disebutkan di sini termasuk sebarang tindakan yang dilakukan oleh rangkaian jenama termasuk ejen HAUS Guardian.

 

Sebarang permasalahan boleh diunjurkan kepada Pengurus Agensi HAUS atau emelkan kepada sales@hauscosmetics.com untuk bantuan lanjut.

 

Sekian untuk makluman.

Terima kasih.

Comment

Name
Email
Comment
Back to VIP.